Amanah Saham 1 Malaysia (AS1M): Agihan diumumkan 6.50 seunit | Blog Berita Online

Amanah Saham 1 Malaysia (AS1M): Agihan diumumkan 6.50 seunit

October 8th, 2013 0 Comments Bisnes

Permodalan Nasional Bhd. (PNB) mengumumkan pengagihan pendapatan sebanyak 6.50 sen seunit bagi Amanah Saham 1Malaysia (AS1M) untuk tahun kewangan berakhir 30 September 2011. Agihan itu menyaksikan peningkatan sebanyak 0.12 sen seunit berbanding tahun lalu iaitu sebanyak 6.38 sen seunit.

Pengerusi PNB, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata, ia melibatkan pembayaran sebanyak RM311.27 juta, kenaikan sebanyak 53.32 peratus berbanding jumlah pembayaran pada tahun sebelumnya iaitu sebanyak RM203.02 juta.

Ia akan diterima seramai 270,598 pemegang unit yang telah melanggan 5.49 billion unit AS1M.

“Sehingga 20 September 2011, tabung AS1M memperoleh pendapatan kasar sebanyak RM405.67 juta,” katanya pada sidang akhbar mengumumkan pengagihan pendapatan saham amanah itu di sini semalam.

Keuntungan daripada penjualan saham menyumbang sebanyak RM205.99 juta atau 50.78 peratus, pendapatan dividen daripada pelaburan menyumbang sebanyak 152.48 juta atau 37.59 peratus manakala selebihnya iaitu RM47.20 juta datang daripada pelaburan dalam instrumen jangka pendek dan pendapatan lain.

Mengulas prestasi dana itu, Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman berkata, kapasiti pengagihan AS1M ialah sebanyak 8.6 sen seunit, namun PNB akan membawa ke depan lebih daripada dua sen seunit sebagai persediaan menghadapi keadaan ekonomi yang mencabar agar terus mampu memberikan pulangan yang kompetitif pada tahun-tahun yang mendatang.

“PNB telah mengalami keadaan ekonomi dan pasaran saham global yang mencabar ini beberapa kali seperti pada tahun 1998 dan tahun 1987.

“Bagaimanapun setakat ini pengurus-pengurus dana PNB telah menangani masalah ini dengan baik dan kami harap mampu terus mengekalkan prestasi di masa hadapan,” katanya yang memaklumkan masih terdapat sebanyak 4.5 billion unit AS1M yang belum dijual.

Beliau bagaimanapun memaklumkan kuota untuk kaum Cina telah habis dilanggan dengan kuota masih tersedia bagi golongan Bumiputera dan India.

Incoming search terms:

Sign up free email newsletter

Stay Updates with this Blog. Get Free email newsletter updates, Enter your Email here:

Don't forget to confirm your email subcription

Leave a Reply to this Post