gedik-sangapSebut sahaja lagu Pen Pineapple Apple Pen (PPAP) nyanyian Piko Taro, kami gerenti ramai boleh menyanyikan lagu dari Jepun ini dek kerana liriknya yang cukup catchy.

Tidak hairanlah, lagu ini menjadi siulan dan mencetuskan fenomena seantero dunia hinggakan muncul bermacam-macam video aksi parody orang ramai menarikan tarian lagu PPAP.

Dalam banyak-banyak video parody PPAP, kami ada tertarik dengan aksi sebuah video yang dihasilkan oleh dua gadis bertudung, dan kini turut menjadi viral di media sosial.

Bukan apa, aksi dua gadis yang rancak menari lagu PPAP ini memang boleh membuatkan sesiapa sahaja yang menontonnya ‘segar mata’ dan ‘speechless’.

Barangkali, ramai terkejut dengan aksi tarian gadis-gadis bertudung ini yang boleh disifatkan agak panas dan terlampau.

Walhal, tarian Piko Taro sendiri langsung tidak menggambarkan elemen-elemen berunsur lucah atau tidak senonoh.

LEAVE A REPLY