Kuala Lumpur – Penyanyi Ummu Syaikhah Stacy Anam atau Stacy selamat bersalin anak perempuan jam 5.17 petang tadi, di sebuah hospital di sini.

Berita gembira itu diumumkan suami Stacy yang juga vokalis kumpulan Akim & The Majistret iaitu Akim menerusi laman Instagram miliknya, hari ini.

“Alhamdulillah isteri saya selamat bersalin anak perempuan. Saya bersyukur anak kami lahir pada penghulu segala hari iaitu Jumaat.

“Jika mengikut perkiraan, isteri dijangka bersalin hujung bulan ini. Tapi selepas membuat pemeriksaan minggu lalu, doktor memberitahu agar bersedia bila-bila masa saja,” katanya.

Menurut Akim, 26, buat masa sekarang isteri dan anaknya dalam keadaan baik.

“Terima kasih di atas segala doa anda semua. Insya Allah Stacy menjalani proses berpantang di sini,” katanya.

LEAVE A REPLY