Sebelum ini memang gempar apabila Elly Mazlein sudah bercerai selepas sahaja dia melahirkan anak sulungnya. Kemudian muncul cerita Faye Kusairi lah penyebab kepada keretakan rumah tangganya. Selepas itu, segalanya senyap sebentar.

Sekarang, Faye Kusairi mengakui bekas suami Elly Mazlein iaitu Azmi Hatta adalah kekasihnya namun dia menafikan yang dirinya adalah orang ketiga kepada punca penceraian mereka.

“Saya mengakui berkawan rapat dengan Azmi tetapi ia berlaku sejak Disember tahun lalu iaitu kira-kira dua bulan selepas mereka bercerai. Saya menafikan menjadi punca perceraian mereka.

“Ketika perceraian mereka saya sedang bercinta dengan orang lain dan selepas saya putus cinta barulah saya kenal Azmi. Itu pun selepas saya meminta Azmi menunjukkan bukti perceraiannya.

“Saya tidak akan rapat dengan dia jika saya tahu dia masih suami orang,” ujarnya kepada mStar Online.

Elly banyak memuat naik gambar di Instagram seperti memerli Faye walaupun dia menafikan hal tersebut.

“Saya malas hendak komen apa tujuan dia (Elly) yang kerap kali ‘menyerang’ saya. Saya juga tidak ambil tahu atau terasa hati dengan tindakan dia.

“Tuduhan-tuduhan yang dilemparkan kepada kami itu biarlah kami dan orang-orang sekeliling sahaja yang lebih mengetahuinya,” ujar Faye yang ada memuat naik gambar selfienya di Instagram bersama kekasihnya itu.

Dalam kapsyen yang tersebut, Faye menjelaskan segala-gala apa yang terjadi. Namun ada satu tanda tanya iaitu Faye nampaknya menyimpan rahsia yang terjadi pada 2007?

LEAVE A REPLY