Portal tempahan dan pengurusan pelancongan terkemuka, Rome2Rio baru-baru ini mengeluarkan senarai 200 penerbangan komersil termurah di dunia.

Laporan yang dikeluarkan hasil kajian pakar teknikal organisasi tersebut menunjukkan AirAsia X mendahului carta sebagai penerbangan termurah di dunia.

AirAsia X dinobatkan sebagai penerbangan termurah berdasarkan harga per kilometer dalam matawang US Dollar.

Air India Express berada di tempat ke-2 diikuti dengan AirAsia Indonesia di tangga ke-3.

Pada tangga ke-18 AirAsia Philippines disenarai sekaligus menjadikan AirAsia sebagai pilihan utama dalam kedudukan 20 teratas.

Laporan tersebut turut menyebut AirAsia X dan AirAsia Indonesia sebagai pilihan penerbangan tambang murah untuk laluan domestik. – thevocket

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.