KUALA LUMPUR – Syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia kembali menawarkan promosi lima juta tempat duduk percuma sehingga 9 September ini.

Dalam satu kenyataan, AirAsia memberitahu, ahli AirAsia BIG boleh menikmati akses lebih awal untuk promosi tersebut bermula esok, manakala yang bukan ahli bermula Isnin.

Untuk promosi itu, tambang tempat duduk untuk semua ahli bermula daripada RM15, manakala bukan ahli pula bermula daripada RM20 bagi penerbangan dari ibu negara ke lebih 130 destinasi dalam rangkaian AirAsia dan AirAsia X.

Tempahan yang boleh dibuat di airasia.com dan aplikasi mudah alih AirAsia itu adalah untuk tempoh perjalanan antara 18 Februari hingga 26 November 2019.

Ketua Pegawai Komersial Kumpulan AirAsia, Siegtraund Teh menerusi kenyataan itu memberitahu, ahli AirAsia Big akan menikmati lebih banyak faedah termasuklah diskaun segera apabila menempah penerbangan di laman web atau aplikasi mudah alih syarikat penerbangan itu.

Katanya, pendaftaran sebagai ahli AirAsia Big secara percuma boleh dilakukan menerusi laman web airasia.com.

“Mulakan percutian dengan menempah tempat duduk bersama keluarga dan rakan dengan pilihan ‘Pick A Seat’.

“Semua tempahan pilihan tempat duduk yang dibuat dalam tempoh kempen ini akan menikmati diskaun sebanyak 20 peratus,” katanya.

Selain itu, pengguna BigPay boleh menikmati caj pemprosesan dengan kadar sifar, diskaun untuk pratempahan bagi hidangan dalam penerbangan dan bagasi daftar masuk apabila mereka membayar menggunakan kad BigPay.

Rakan aktiviti perjalanan AirAsia iaitu Vidi turut menawarkan promosi eksklusif berbentuk diskaun sebanyak 15 peratus dengan kad promosi ‘Freeseats15’ untuk semua aktiviti yang ditempah di vidi.co. – UTUSAN ONLINE

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.