Hampir keseluruhan rakyat Terengganu yang mendapat manfaat pemberian air percuma kerajaan terdahulu akan ditarik balik oleh kerajaan baru pimpinan Pas apabila polisi air percuma mereka dilaksanakan.

Menurut sumber, ketika zaman kerajaan BN, seramai 500,000 rakyat Terengganu, melibatkan kira-kira 110,000 buah rumah yang mendapat subsidi itu mulai awal tahun ini.

Baca: 500,000 rakyat dapat air percuma

Bagaimanpun, dengan pelaksanaan polisi baru air percuma Pas, hanya 4,000 yang terdiri daripada golongan e-kasih dan PPRT sahaja yang menerima pemberian tersebut.

Netizen menyifatkan tindakan kerajaan Pas itu merupakan langkah ke belakang kerana mereka mengharapkan pihak kerajaan mampu membuat penambahbaikan seperti mengikut apa yang telah dibuat oleh kerajaan negeri Selangor.

Sementara itu Exco Infrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau, Dr Mamad Puteh dalam satu kenyataan masih menegakkan benang yang basah dan tidak mengaku kelemahan pimpinan mereka.

Katanya, apa yang berlaku hanyalah salah faham kerana rakyat Terengganu tidak meneliti betul-betul manifesto Pas pada PRU yang lepas sedangkan dalam manifesto tersebut, tidak dinyatakan pula hanya golongan e-kasih dan PPRT sahaja yang layak.

Bagaimanapun, tindakan kerajaan negeri itu telah disokong bulat-bulat oleh penyokong-penyokong Pas yang dikenali sebagai walaun. Berikut antara komen mereka:

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.