KUALA LUMPUR: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) mendapat sambutan hangat di Sarawak dengan keahlian terkini di bumi kenyalang itu sudah mencecah 30,000 orang, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Perdana Menteri yang juga Pengerusi PPBM, berkata ramai rakyat Sarawak menyatakan hasrat untuk menyertai parti berkenaan dan pihaknya sedang dalam usaha untuk melancarkan PPBM di negeri itu.

“Kita sentiasa mengalu-alukan dan menerima banyak permohonan (menjadi ahli), namun pada masa sama, kita perlu pastikan tiada pertindihan berlaku.

“Khususnya membabitkan pertindihan kepemimpinan terutama pasa peringkat bahagian,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Kepemimpinan Tertinggi PPBM di Yayasan Selangor, malam tadi.

Dalam pada itu, Dr Mahathir berkata, PPBM perlu melakukan beberapa pindaan terhadap perlembagaan parti bagi membolehkan mereka mengadakan Mesyuarat Agung pada hujung tahun ini.

“Untuk tujuan itu, Mesyuarat Agung Luar Biasa akan diadakan bagi membincangkan pindaan berkenaan dan kita sudah susun tarikh untuk membolehkan mesyuarat diadakan di peringkat cawangan dan bahagian,” katanya.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.