Seorang penggubal undang-undang daripada badan anti-pendatang Alternative for Germany (AfD) menggesa supaya doktor, jururawat, juruterbang, pemandu bas dan keretapi yang beragama Islam dilarang bekerja pada bulan Ramadan jika mereka berpuasa.

Terdapat kira-kira empat juta umat Islam di Jerman – termasuk rakyat Turki yang telah tinggal di negara itu selama beberapa dekad serta pendatang dan pencari suaka yang tiba dalam beberapa tahun yang lalu, ramai yang lari dari konflik di Syria, Iraq dan di tempat lain.

Ahli politik AFfD, Martin Sichert berkata, majikan yang tidak dapat memberi orang Islam yang berpuasa bekerja shif malam atau shif awal, sepatutnya membenarkan mereka ambil cuti tahunan mereka semasa bulan Ramadan.

“Pesakit mana yang harus dibedah oleh seorang pakar bedah yang tidak minum apa-apa selama 12 jam?” tanya Sichert, ahli jawatankuasa parlimen bagi isu buruh dan sosial.

“Kenapa orang ramai harus diangkut oleh orang lain yang mungkin menghadapi masalah tumpuan dan dehidrasi kerana mereka berpuasa berjam-jam?”

Jurucakap kerajaan Jerman berkata beliau tidak mahu mengulas.

Canselor Angela Merkel, yang berdepan kritikan kuat dari sesetengah rakyat Jerman kerana membuka sempadan kepada lebih sejuta pendatang sejak beberapa tahun kebelakangan ini, mahukan Jerman yang inklusif dan pelbagai etnik.

Dia telah lama menekankan bahawa Islam adalah sebahagian daripada Jerman dan telah menekan tentang sikap toleransi.

Komen Sichert dibuat selepas Inger Stojberg, Menteri Integrasi Denmark, pada hari Isnin, menggesa orang Islam bercuti semasa Ramadan untuk mengelakkan kesan negatif terhadap masyarakat.

“Ia hanya boleh membahayakan kita semua jika pemandu bas tidak makan atau minum sepanjang hari, dan anda tidak bertugas pada tahap hampir sama di kilang atau hospital jika anda tidak makan atau minum di siang hari sepanjang hari pada sepanjang bulan,” katanya dalam surat yang disiarkan dalam akhbar Denmark BT.

Suratnya berdepan dengan banyak kritikan, termasuk dari dalam Parti Liberalnya sendiri.

– Reuters

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.