PUTRAJAYA: Kerajaan Pakatan Harapan (PH) akan meneruskan penguatkuasaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) dengan lebih tegas, bermula bulan depan.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, tiada lagi diskaun akan diberikan kepada pesalah AES bermula 1 September ini selepas ia diambil alih sepenuhnya oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

“Kerajaan memutuskan untuk tidak menyambung kontrak dua syarikat konsesi pengendali sistem AES yang tamat pada 31 Ogos ini iaitu Beta Tegap Sdn Bhd dan Ates Sdn Bhd.

“Sehubungan itu, mulai 1 September ini, operasi kamera, mengambil gambar dan mengeluarkan saman AES semuanya akan dilakukan JPJ,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Loke berkata, kerajaan juga bersetuju untuk membatalkan semua saman yang dikeluarkan di bawah AES sejak ia dilaksanakan pada 2012 melibatkan kos RM435 juta.

“Kerajaan juga berkorban untuk tidak mengutip saman yang belum berbayar dan ini akan dilaksanakan secara one-off,” katanya.

Bagi saman AES yang sudah dibayar, Loke berkata, jumlah bayaran tidak akan dikembalikan kerana kerajaan tidak mampu untuk membuat pembayaran balik.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.