KUALA LUMPUR – Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Setia, Shaharuddin Badaruddin dilapor sedang berada dalam keadaan kritikal dan kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) sebuah hospital di ibu kota.

Shahruddin dikatakan menghidap kanser usus (Colon Cancer) tahap empat.

Beliau merupakan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Pendidikan dan Pembangunan Modal Insan, Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan dan juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Beliau adalah bekas Timbalan Naib Canselor Unisel dan Ahli Lembaga Pengarah Institut Darul Ehsan (IDE).

Shaharuddin dilantik menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (AMMKN) Selangor selepas memenangi kerusi Dun Seri Setia pada PRU14 yang lalu. – Astro Awani

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.