PETALING JAYA: Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim meletakkan jawatan sebagai pengerusi Lembaga Tabung Haji.

Kontraknya sepatutnya tamat pada Julai tahun depan.

Abdul Azeez berkata, surat peletakan jawatan itu dihantar ke jabatan perundangan lembaga tersebut pada 14 Mei.

Sebuah lagi surat yang dialamatkan kepada menteri yang bertanggungjawab ke atas Lembaga Tabung Haji itu masih berada bersama pasukan perundangannya memandangkan menteri baharu yang akan mengambil alih institusi itu belum dilantik.

“Saya dilantik oleh menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), jadi peletakan jawatan saya mesti diserahkan kepada menteri yang berkenaan.

“Saya sudah letak jawatan. Ia masih belum rasmi kerana masih belum ada menteri.

“Pasukan perundangan saya akan menghantar surat kepada jabatan yang berkaitan sebaik menteri (untuk Tabung Haji) dilantik,” katanya.

Abdul Azeez menambah, beliau menghormati keputusan kerajaan Pakatan Harapan bahawa tiada ahli politik dibenarkan memegang jawatan dalam syarikat berkaitan kerajaan, termasuk Tabung Haji.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here