Hiburan

‘Abang pilih yang mana’ – Zizi Kirana tampil lebih jelita ketika berhijab

By Faizul Lazim

August 24, 2018

Ketibaan hari raya sebenarnya bukan saja membawa suasana meriah pada sesiapa saja yang meraikannya tapi juga memberi ruang pada golongan wanita yang tidak berhijab untuk melakukannya.

Penampilan bertudung bersama baju kurung berwarna ungu menjadi pilihan penyanyi seksi, Zizi Kirana ketika meraikan Aidiladha.

Dalam satu foto yang dikongsinya menerusi Instagramnya, @zizi_kirana, dia kelihatan anggun dengan gaya sopan tersebut.

Malah, aksinya itu turut digayakan bersama rakan artis iaitu penyanyi, Syura Badron dan Baby Shima dalam foto yang sama.

Menariknya, Zizi meletakkan status, “abang pilih yang mana?”

Berbeza dengan komen netizen pada fotonya sebelum ini yang menunjukan pakaian seksi yang digayakannya, kali ini ramai yang memuji kecantikan selebriti itu.

“cantik arh @zizi_kirana pakai tudung,” komen netizen @hkmwawan._

Begitu juga netizen dikenali sebagai @umiee_syazwani melihat penampilan Zizi kali ini cukup berbeza.

“Sekli tgk mcm org lain ..dua tiga kali tgk baru nmpk zizi ..comel lah,” katanya.