Bekas juara kelab Eropah, Celtic FC bakal berdepan hukuman oleh Kesatuan Bola Sepak Eropah (Uefa) selepas beberapa peminat pasukan itu mengibarkan bendera Palestin semasa perlawanan kelayakan Liga Juara-juara Eropah menentang kelab dari Israel, Hapoel Be’er Sheva.

Difahamkan, kira-kira 30 bendera Palestin telah dikibarkan oleh penyokong ketika perlawanan itu yang menyebabkan kelab berkenaan bakal berdepan hukuman selepas ini.

Isi kandungan buku peraturan badan induk tersebut telah melarang sebarang unsur politik dari memasuki stadium namun kejadian tersebut akan dinilai mengikut budi bicara perwakilan Sepanyol, Eduard Dervishaj.

Sebelum ini, Celtic telah didenda sebanyak £190,000 Pound British (RM990158.47) bagi pelbagai kesalahan dalam lebih daripada 11 perlawanan sejak 2007.

Selain itu, Celtic dan kelab St Johnstone sebelum ini juga pernah didenda dua tahun lalu selepas mengibarkan bendera Palestin di Eropah.

Celtic fans showing solidarity for Palestine as they play Israeli team Hapoel Beer-Sheva #Respect #FreePalestine pic.twitter.com/d7rpHAl3UF

— سيف الله (@BirdsOfJannah) August 18, 2016

@WaladShami Shouldn’t expect the truth from the Daily Mail haha. Here’s something as the protest was starting. pic.twitter.com/bx9KpO21dg

— Kyle Walsh (@kwalsh96) August 18, 2016

LEAVE A REPLY