76 Penumpang Terselamat Kereta Api Tergelincir

Sebuah kereta api yang membawa 76 penumpang termasuk lima pekerjanya tergelincir selepas melanggar sebuah trak besar di persimpangan landasan kereta api dan lebuh raya berdekatan Michigan awal pagi semalam.

Syarikat pengendali Amtrak berkata, bagaimana pun tiada kecederaan serius dilaporkan.

Kereta api yang sedang menuju ke Chicago itu mengandungi dua lokomotif dan enam gerabak.

Leave a Reply

Your email address will not be published.