Seorang lelaki parah selepas terjatuh dari tingkat lima sebuah bangunan di bandar Sandakan pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, lelaki berusia 24 tahun terbabit dikatakan bersendirian di kawasan parkir di tingkat lima bangunan berkenaan sebelum tergelincir dan terjatuh, menyebabkannya patah tengkuk, tulang rusuk serta beberapa kecederaan lain.

Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Mohd Azhar Hamin, berkata polis menerima panggilan orang awam mengenai kejadian itu pada jam 10.05 pagi sebelum menghantar sepasukan anggota ke lokasi.

Katanya, mangsa yang kritikal menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Duchess of Kent di sini keadaannya dilaporkan stabil.

“Berdasarkan siasatan awal, mangsa memberitahu dia bersendirian di tingkat lima bangunan terbabit sebelum tergelincir lalu terjatuh.

“Keluarga mangsa mengatakan dia tidak mempunyai masalah termasuk berkaitan psikiatri,” katanya di sini, hari ini.

LEAVE A REPLY