KULIM – Seorang anggota polis berpangkat Koperal parah ditetak seorang lelaki dipercayai warga Myanmar dalam satu cubaan bunuh di Taman Desa Aman, dekat Karangan di sini, hari ini.

Dalam kejadian 12.10 tengah malam itu, mangsa, Mohd Fauzi Nayan yang bertugas di Pondok Polis Labu Besar parah di bahagian pergelangan tangan kiri, pipi kiri dan leher akibat diserang dan ditetak dengan senjata tajam oleh suspek.

Mangsa yang berlumuran darah telah dikejarkan ke Hospital Kulim dan kini masih berada di wad kecemasan hospital tersebut.

Sementara itu, siasatan polis menemui beberapa barang seperti tikar dan bantal dalam kawasan hutan kira-kira 700 meter dari lokasi kejadian.

Barang-barang tersebut telah dibawa ke unit Forensik IPK untuk dianalisa bagi mendapatkan padanan DNA.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan (KK) kerana cubaan membunuh.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here