6 Pusat Pemindahan Banjir Beroperasi Di Terengganu | Blog Berita Online

6 Pusat Pemindahan Banjir Beroperasi Di Terengganu

January 1st, 2012 0 Comments Dalam Negeri, Tragedi & Bencana

Perkembangan banjir di Terengganu. Sehingga tengahari tadi, 6 pusat pemindahan mangsa banjir masih beroperasi dengan jumlah mangsa terkini, 518 orang. Pusat pemindahan itu di Besut dan Setiu.

Di Besut, 100 keluarga ditempatkan di empat lokasi iaitu Dewan Serbaguna Kampung Apal, Balai Raya Kg Cabang 3 Oh, Sekolah Kebangsaan Bukit Tempurung dan Sekolah Kebangsaan Lubok Kawah.

Manakala di Setiu, mangsa yang terdiri daripada 29 keluarga ditempatkan di Balai Raya Desa Jaya dan Masjid Guntung Luar.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi dalam satu kenyataan memaklumkan – kawasan rendah di sekitar Terengganu berisiko mengalami banjir berikutan hujan lebat berterusan sehingga malam ini.

Amaran hujan lebat peringkat jingga itu membabitkan antara kawasan di daerah Besut, Setiu, Kuala Terengganu dan Hulu Terengganu.

Incoming search terms:

Sign up free email newsletter

Stay Updates with this Blog. Get Free email newsletter updates, Enter your Email here:

Don't forget to confirm your email subcription

Leave a Reply to this Post