Seorang anggota polis berpangkat konstabel terburai isi perut selepas ditikam senjata tajam dalam satu pergaduan di hadapan sebuah restoran di Selayang, semalam.

Dalam kejadian jam 6.15 pagi itu, mangsa yang dikenali sebagai Arif dipercayai telah berselisih faham dengan dua lelaki berbangsa India sebelum ditikam pada bahagian perut.

Mangsa yang parah telah dihantar ke Hospital Selayang untuk rawatan lanjut.

Sementara kedua-dua suspek pula telah ditahan siasatan lanjut.

LEAVE A REPLY