Semalam bermula peringkat pertama agihan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) kepada semua pemohon.

Bagi yang bujang, pemohon akan mendapat bantuan sebanyak RM450, manakala mereka yang sudah berkeluarga akan mendapat sebanyak RM450 atau RM300 secara berperingkat.

Memang seronok bila dapat bantuan dalam bentuk wang. Tapi takkan la bila dapat terus nak habis dibelanjakan.

Kami berikan tips dan cara paling bijak untuk anda gunakan BR1M.

1. Bayar hutang

Kalau dapat duit tu ingat-ingat la nak bayar hutang. Hutang antara perkara utama.
Bila dah selesai hutang, hidup pun lebih teratur tak ada dah pening kepala.

2. Simpan dalam ASB

Bila dapat berperingkat ni, lebih bagus jika anda simpan kesemuanya terlebih dahulu.
Simpan dalam ASB, ada hasilnya nanti di penghujung tahun.

3. Buat beli emas

Kalau yang perempuan, daripada anda belanjakan beli barang mekap yang dah berlambak tu, baik korang beli emas. Bukan je boleh bergaya, ada nilai pulak tu.

4. Buat downpayment beli kereta

Kalau korang nak sangat pakai kereta, boleh la guna duit tu buat bayar duit muka. Tapi pastikan anda mampu untuk bayar bulanan. Sebab duit BR1M tu bukan korang dapat setiap bulan.

5. Jika ingin dibelanjakan biarlah untuk perkara penting

Bagi yang sudah berkeluarga, gunakan duit tersebut sebaik mungkin untuk menampung perbelanjaan. Bayar duit yuran bulanan sekolah anak, insurans kereta. Sebaiknya biarlah untuk perkara penting.

LEAVE A REPLY