Seorang wanita maut selepas kereta yang dipandunya dihempap cangkuk kren pembinaan di Jalan Raja Chulan berhampiran pusat beli-belah Pavilion, kira-kira 7 malam tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Azizan Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 7.21 malam.

Katanya, sebaik tiba seorang wanita didapati tersepit di bahagian tempat duduk pemandu dalam keadaan tidak sedarkan diri.

“Kejadian berlaku akibat cangkuk kren pembinaan di kawasan berkenaan terjatuh dan menghempap kereta yang dipandu mangsa.

“Anggota bomba menggunakan peralatan hidraulik untuk mengeluarkan mangsa,” katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan paramedik dan mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.

LEAVE A REPLY