kemalanganSeorang wanita maut, manakala seorang lagi parah dalam kemalangan di bawah jambatan lebuhraya Kajang – Kuala Lumpur, berhampiran Bukti Dukung.

Dalam kejadian semalam, terdapat beberapa penunggang motosikal berhenti berteduh di bawah jambatan tersebut sementara menunggu hujan reda.

Namun, sebuah kereta Honda datang dari arah belakang lalu merempuh motosikal mangsa di bawah jambatan berkenaan menyebabkan dua mangsa tercampak dari motosikal masing-masing.

Menurut netizen, ini bukan kes pertama yang berlaku apabila penunggang motosikal berteduh di bawah jambatan itu.

fb_img_1479700281910

fb_img_1479700286087

fb_img_1479700290587

Justeru, penunggang motosikal dinasihatkan untuk tidak berada di atas motosikal ketika berteduh di bawah jambatan. Sebaiknya, tinggalkan motosikal di tepi jalan dan pemiliknya menunggu di bahagian sebelah dalam bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku.

LEAVE A REPLY