Tiga sekeluarga maut akibat dikelar manakala tiga lagi cedera dalam kejadian amuk lelaki dipercayai ahli keluarga di Kampung Bertam-Malim, di sini, 6.30 pagi tadi.

Ketua Polis Melaka Datuk Ramli Din berkata, setakat ini tiga mangsa disahkan meninggal dunia dalam rumah iaitu dua lelaki dan seorang wanita masing-masing berusia 70, 62, dan 22 tahun.

Beliau berkata, dua lagi mangsa wanita berusia 24 dan 27 tahun mengalami kecederaan parah di bahagian bahu manakala seorang lagi wanita berusia 80 tahun mengalami kecederaan ringan dan kini dirawat di Hospital Melaka.

“Kita sedang siasat motif pembunuhan namun suspek dipercayai ahli keluarga yang tinggal bersama dalam rumah ini.

“Kita sudah mengenal pasti suspek, lelaki berusia 26 tahun yang dipercayai penagih dadah tegar dan kita yakin suspek dapat ditahan dalam tempoh terdekat,” katanya.

Beliau berkaya kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

LEAVE A REPLY