Jalan Gua Musang-Cameron Highland terpaksa ditutup kepada lalu lintas ekoran kejadian tanah runtuh di Kilometer 97 petang ini.

Keadaan Jalan Gua Musang-Cameron Highlands yang dipenuhi lumpur akibat tanah runtuh petang ini.
Ketua Polis Daerah, Superintendan Rajab Ahad Ismail berkata, kejadian kira-kira pukul 4.45 petang itu ekoran hujan lebat yang menyebabkan lereng bukit runtuh dengan lumpur dan kayu mengalir turun menutup jalan raya.

Katanya susulan kejadian itu, jalan tersebut telah ditutup buat sementara dan dibuka semula kepada kenderaan pada pukul 6.30 petang tadi.

“Seorang lelaki yang bekerja di tapak pembinaan berhampiran telah memaklumkan mengenai kejadian ini dan anggota pasukan dari Pondok Polis Lojing telah bergegas ke tempat kejadian.

“Runtuhan tanah itu telah menghalang laluan kenderaan dari kedua-dua arah, namun tiada kecederaan dilaporkan.

“Operasi membersihkan sisa runtuhan tanah itu telah selesai dijalankan oleh orang awam, pekebun dan pihak polis. Kami juga masih membuat pemantauan di sekitar lokasi,” katanya.

LEAVE A REPLY