Marudi – Mayat pelajar perempuan berusia 17 tahun yang dibaham seekor buaya di Sungai Tapang Peking Baram dijumpai dua kilometer dari tempat mangsa diserang reptila itu tengah hari semalam.

Mayat Agnes Luang dijumpai terapung di sungai itu dalam keadaan sempurna, namun terdapat kesan gigitan di badannya.

Ketua Polis Marudi Deputi Supritanden Gabriel Risut berkata, mayat pelajar itu sudah dihantar ke rumah panjang Jaampang, Peking, untuk upacara pengebumian.

“Berikutan itu, operasi mencari dan menyelamat yang dilancarkan sejak malam semalam ditamatkan serta merta,”katanya hari ini.

Mangsa dibaham reptilia itu ketika mandi bersama ibunya Sungai Tapang Peking Baram, Marudi, jam 6.30 petang semalam.

Pelajar itu yang sedang menunggu keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), mandi bersama ibunya di tebing sungai apabila disambar buaya.

Katanya, jarak perjalanan dari pekan Marudi ke lokasi kejadian ialah dua jam menerusi sungai.

LEAVE A REPLY