Seorang lelaki maut selepas dilanggar oleh dua buah motosikal ketika cuba melintas jalan dalam satu kejadian di Persiaran Raja Muda Musa, Klang awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.35 pagi itu, lelaki yang belum dikenal pasti identiti itu maut di tempat kejadian akibat putus kepala dan turut patah kaki kiri.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Alzafny Ahmad berkata, berdasarkan siasatan awal pihaknya ditempat kejadian mendapati mangsa yang dipercayai seorang geladangan cuba melintas jalan seebelum di langgar oleh dua buah motosikal jenis Yamaha 125 dari arah Pelabuhan Klang menghala ke Klang.

“Mangsa dilanggar oleh sebuah motosikal sebelum dia tercampak ke atas jalan raya. Kemudian datang sebuah lagi motosikal yang gagal mengelak mangsa yang berada di atas jalan raya lalu melanggar kepala mangsa hingga putus.

“Akibat pelanggaran itu juga kepala mangsa tercampak beberapa meter. Mangsa disahkan meninggal ditempat kejadian dan mayatnya kemudainnya dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang untuk dibedah siasat,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

LEAVE A REPLY