Dua rentung apabila kereta yang dinaiki terbakar selepas terbabit dalam kemalangan dengan pacuan empat roda jenis Hilux di persimpangan Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Jerantut, petang ini.

Kedua-dua mangsa dipercayai tersepit sehingga gagal keluar dari kereta yang terbakar.

Sementara itu, dua lagi mangsa iaitu pemandu dan penumpang Hilux mengalami cedera parah.

Mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Jerantut untuk mendapatkan rawatan kecemasan.

LEAVE A REPLY