Sebuah pesawat jenis Beechcraft King Air 200T milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dilaporkan terhempas di Pengkalan Udara TUDM di Butterworth pada 5:30 petang semalam.

Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan TUDM, seorang juruterbang TUDM disahkan terkorban manakala tiga yang lain parah dalam nahas itu.

Kesemua yang cedera dibawa ke Hospital Seberang Jaya untuk rawatan lanjut.

“Keluarga anak kapal yang terlibat sedang dimaklumkan oleh pihak TUDM.

“TUDM akan menubuhkan satu pasukan penyiasat bagi mengenal pasti punca kejadian,” menurut kenyataan itu lagi.

Kesemua yang cedera dibawa ke Hospital Seberang Jaya untuk rawatan lanjut. – Foto pembaca Astro AWANI
Pesawat malang terbabit dilaporkan berlepas dari Pangkalan TUDM di Subang bagi rondaan maritim sebelum terhempas ketika cuba mendarat di Pengkalan TUDM Butterworth.

LEAVE A REPLY