kemalangan-ngeri-digilis-kereta-apiSeorang lelaki maut digilis kereta api di Kilometer 260, di Kampung Chegar Perah, Merapoh hari ini.

Dalam kejadian jam 5 pagi itu, mangsa yang masih belum dikenal pasti identiti dianggarkan berusia 30 hingga 40 tahun meninggal dunia di tempat kejadian dengan kepalanya putus.

Ketua Polis Daerah Kuala Lipis Superintendan Azry Akmar Ayob berkata, kejadian itu disedari pemandu Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Zulhelmi Mohamad, 50, yang dalam perjalanan ke Kelantan dari Kuala Lipis.

“Zulhelmi kemudian menghubungi Bilik Gerakan KTMB memaklumkan kejadian itu dan sepasukan kakitangan KTMB bergegas ke lokasi untuk melakukan pemeriksaan,” katanya.

Beliau berkata, anggota dari Balai Polis Merapoh turut bergegas ke lokasi kejadian dan menemui mayat seorang lelaki mati dalam keadaan mengerikan apabila kepala terputus manakala sebahagian badannya hancur digilis.

“Polis tidak menemui sebarang identiti pada badan lelaki itu atau di sekitar lokasi kejadian, cebisan mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lipis,” katanya.

LEAVE A REPLY