Tahun Melawat Pahang dicemari dengan tindakan melampau 39 lelaki yang berbogel dalam aktiviti sukan di sebuah pusat peranginan di Bentong semalam.

Peserta berusia antara 19 tahun hingga 23 tahun berkenaan melakukan perbuatan tidak senonoh itu ketika sedang mengikuti aktiviti tersebut dalam kem motivasi yang dianjurkan sebuah syarikat swasta kira-kira pukul 6 petang.

Ketua Polis daerah, Superintenden Mohamad Mansor Mohd. Nor berkata, berikutan itu polis menahan mereka bagi membantu siasatan selepas menerima aduan daripada orang awam.

Katanya, terdapat 39 peserta berusia antara 19 tahun hingga 23 tahun menyertai kem motivasi berkenaan dan sembilan orang lagi merupakan wakil syarikat yang menyelia program motivasi tersebut.

“Kebanyakan yang ditahan adalah pelajar berusia antara 19 tahun hingga 23 tahun yang dihantar oleh ibu bapa mereka untuk mengikuti kursus motivasi di pusat peranginan berkenaan,” katanya.

LEAVE A REPLY