Timur, kini berusia 22 tahun merupakan anak perempuan kepada penyanyi Zainal Abidin hasil perkahwinannya dengan Natasha Gabriel Abdullah sebelum ini.

Baru-baru ini, Zainal meluahkan rasa kecewa kerana anaknya itu yang terlalu mengikut budaya barat kerana Timur ketika ini tinggal bersama bekas isterinya yang juga seorang mualaf.

Luahan itu tidak disenangi oleh anaknya yang tampil memberi kenyataan balas. Kata Timur, Zainal sengaja menggunakan media untuk ‘menyerang’ ibunya.

LEAVE A REPLY