Lelaki ditemui mati dipercayai dibunuh di Laluan Temenggong, Pasir Puteh, Ipoh pagi tadi.

Mayat mangsa ditemui tertiarap di depan pagar rumah di laluan berkenaan oleh orang ramai yang melalui kawasan itu untuk menghantar anak ke Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Sam Chai, yang terletak berhampiran.

Lelaki berkenaan dipercayai ditetak di Jalan Ho Lok Park dan melarikan diri sejauh kira-kira 300 meter sebelum mati di lokasi dijumpai.

Kesan darah turut ditemui di sepanjang jalan mangsa mangsa menyelamatkan diri termasuk di kereta milik penduduk di kawasan itu.

Punca dan masa sebenar kejadian masih belum diketahui dan polis termasuk Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong sedang menjalankan siasatan di lokasi kejadian.

LEAVE A REPLY