kren-tumbangSebuah kren dilaporkan tumbang di tapak pembinaan berdekatan Damansara Perdana di sini hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul yang mengesahkan perkara tersebut berkata bomba menerima panggilan kecemasan sekitar jam 2.10 petang.

kren-tumbang-2

Lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Damansara bergegas ke lokasi kejadian dan mendapati kren tersebut tersangkut di tingkat empat bangunan.

Tiada mangsa cedera mahupun maut dilaporkan dalam kejadian tersebut.

Operasi masih lagi diteruskan.

LEAVE A REPLY