Jabatan Hidupan Liar Sabah membuat penemuan luar biasa iaitu seekor gajah dengan gading menghala ke bawah, hampir menyerupai haiwan prasejarah, harimau gigi pedang.

‎Penolong Pengarahnya, Dr Sen Nathan, berkata pasukan jabatan itu menemui gajah terbabit ketika membuat translokasi sekumpulan gajah dari Felda Umas, Tawau ke kawasan baharu. ‎

“Ia penemuan yang jarang berlaku, namun semua gajah mempunyai keunikan tersendiri,” katanya. ‎‎

Difahamkan, gajah terbabit akan dilepaskan semula ke kawasan hutan simpan. ‎‎Gajah Pygmy Borneo antara haiwan yang disenaraikan sebagai spesies terancam di bawah Kesatuan Antarabangsa Bagi Pemuliharaan Alam dan Sumber Asli (IUCN).‎

LEAVE A REPLY