Lebih 10 kenderaan dan deretan kedai serta gerai makan menggelongsor jatuh ke lereng bukit sedalam kira-kira 20 meter akibat kejadian tanah runtuh di Taman Idaman, Serendah di sini.

Dalam kejadian jam 1 pagi tadi, hanya seorang penungggang motosikal patah kaki sejurus jalan dilalui sepanjang hampir 50 meter runtuh mendadak.

Penolong Pengarah Operasi dan Penyelamat Bomba Selangor, Mohd Sani Harul berkata, bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 1.02 pagi tadi.

Menurutnya, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu dikejarkan ke lokasi.

“Kejadian tanah runtuh turut melibatkan kedai-kedai terjejas selain seorang individu merupakan penunggang motosikal cedera. Mangsa ini dikejarkan ke Hospital Selayang untuk rawatan,” katanya.

Beliau berkata, operasi sedang giat dijalankan.

LEAVE A REPLY