gempa-acheh-5Lebih 20 dilaporkan maut dan ramai lagi cedera dalam gempa bumi berukuran 6.4 magnitud di Pidie Jaya, Aceh awal pagi ini, menurut laporan media di Indonesia.

Gempa yang berpusat di 10 kilometer utara Reuleuet itu berlaku pada jam 5.03 pagi waktu tempatan, lapor Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS).

Portal Tribun Medan melaporkan, puluhan warga Kabupaten Pidie Jaya mengalami kecederaan akibat terkena runtuhan bangunan, dan kesemua mangsa kini menerima rawatan di hospital Sigli.

Pengarah hospital berkenaan, Mohd Ridha Faisal, dipetik sebagai berkata, pihak hospital bagaimanapun belum mendapatkan rekod penuh mangsa gempa yang cedera.

Sebelum ini, Aceh mengalami kemusnahan teruk apabila dibadai tsunai Lautan Hindi pada tahun 2004.

LEAVE A REPLY