Pegawai-pegawai keselamatan di Jabatan Perdana Menteri yang direman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini didakwa mencuri wang tunai berjumlah RM3.5 juta daripada pejabat bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak pada malam pilihan raya umum ke-14 lalu.

Sumber memberitahu Malaysiakini seramai 17 anggota keselamatan mengambil wang itu – yang dikatakan SPRM sebahagian dana pilihan raya Umno- apabila mengetahui “BN tewas pilihan raya.”

“Para anggota keselamatan adalah sebahagian daripada pasukan bertugas malam itu untuk menyediakan kawalan keselamatan di jabatan berkenaan.

“Mereka yang ditangkap adalah orang yang pada masa itu ditugaskan untuk menjaga bangunan utama di mana terletaknya pejabat perdana menteri.

“Dipercayai apabila mereka mengetahui BN akan kalah pilihan raya, mereka memutuskan untuk mengambil sesuatu untuk diri mereka sendiri dan masuk ke pejabat bekas perdana menteri,” kata seorang sumber.

Wang itu, tambah sumber berkenaan, tidak disimpan dalam peti keselamatan.

Pihak berkuasa mengesyaki kum