Lelaki dipercayai mengamuk dan membakar rumah menyebabkan tiga orang rentung manakala seorang lagi parah ditetak di Taman Palma Indah, Matang, 3.15 petang tadi.

Sumber berkata, mangsa yang maut dikenali sebagai Noraini, 62; Mohd Joe, 23; dan Daud, 64, manakala seorang lagi lelaki berusia 36 cedera ditetak.

“Setakat ini, punca kejadian masih lagi dalam siasatan,” katanya.

Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba Dan Penyelamat Sarawak, Farhan Sufyan Borhan berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba Dan Penyelamat Petrajaya dikerahkan ke lokasi kejadian selepas menerima laporan pada 3.43 petang tadi.

“Sebaik tiba pada 4.07 petang, didapati rumah musnah 100 peratus dan kebakaran mengakibatnan tiga mangsa rentung.

“Bomba ketika ini dalam proses memadam sisa kebakaran. Kes diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

LEAVE A REPLY