Biarpun hari jadi sebenar jatuh pada 11 Januari ini, namun penyanyi kesayangan negara, Siti Nurhaliza telah diraikan dalam satu majlis yang cukup meriah sekali semalam bersempena sambutan ulangtahun kelahirannya yang ke-38 di The View, G Tower Hotel, Kuala Lumpur.

BACA: Iklan Seks Guna Gambar Siti Nurhaliza Tanpa Kebenaran

Dalam majlis itu, Siti telah hadir bersama suami tersayang Datuk Khalid Mohamad Jiwa yang lengkap berpakaian sedondon warna hitam bersama isterinya itu. Untuk pengetahuan, majlis hari jadi tersebut telah dirancang oleh anak-anak tiri beliau, Adib Khalid dan Asyraf Khalid.

Turut sama memeriahkan majlis ulangtahun kelahiran penyanyi tersohor negara itu termasuklah, keluarga serta teman rapat pasangan terbabit. Selain itu rakan artis juga dilihat hadir meraikannya seperti Aaron Aziz, Fasha Sandha, Izara Aishah, KilaFairy, Nazim Othman, Johan Raja Lawak dan isteri, Elizabeth Tan, Farahdhiya dan ramai lagi.

Apapun selamat hari jadi diucapkan kepada Siti dan semoga tahun ini memberikan seribu keberkatan, dimurahkan rezeki serta dipanjangkan umur.

LEAVE A REPLY