kemalangan-ngeriEmpat maut manakala satu parah dalam kemalangan lori 10 tan, kereta dan MPV di KM16.7 Lebuhraya Baru Lembah Klang, dekat susur masuk tol Damansara, awal pagi ini.

Mereka terbunuh dikenali Kun Ell Yin, 32, Kum Hok Wan, 36, Hong Ching Guan, 49, manakala seorang lagi tiada dokumen pengenalan diri.

Ketua Polis Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din, berkata kemalangan berlaku pada 1.58 pagi.

Katanya, siasatan awal mendapati lori dari arah Sungai Buloh itu mengelak merempuh belakang kereta yang berhenti di tengah jalan kerana tayarnya dikatakan bocor.

kemalangan-6

Berikutan itu, katanya, lori berkenaan melanggar penghadang jalan, masuk laluan bertentangan dan merempuh Toyota Innova.

Rempuhan itu menyebabkan pemandu dan tiga penumpang maut di lokasi manakala seorang penumpang parah.

“Semua mangsa dibawa ke Hospital Sungai Buloh. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

LEAVE A REPLY