Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru, mengalami kebakaran, pagi tadi.

Dalam kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 9 pagi itu mengakibatkan wad di tingkat dua bahagian selatan ICU terbakar.

Pesakit turun di bawa turun dan ditempatkan di tempat letak kenderaan (tapak berhimpun untuk kecemasan) di perkarangan HSA.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor, berkata pihaknya masih giat melakukan operasi pemadaman kebakaran selain menyelamat mangsa terperangkap.

Operasi masih diteruskan dan sehingga kini masih belum ada laporan rasmi daripada pihak polis, bomba dan Jabatan Kesihatan negeri berhubung kejadian berkenaan.

LEAVE A REPLY