Pelajar perempuan berusia 17 tahun cedera ringan manakala adiknya terselamat selepas papan iklan setinggi 28 meter tumbang menghempap rumah mereka di Kampung Pelenggong, Labu, Seremban, tengah hari, hari ini.

Dalam kejadian jam 1.30 tengah hari, Nur Dayana Atirah Maulud, 17, cedera di kaki dan badan terkena serpihan kayu dan besi.

Bapanya, Maulud Wahid, 40, berkatakejadian berlaku ketika anak sulung daripada lima beradik Itu sedang tidur dalam bilik manakala adiknya, Nur Liayana Afira, 12, berada di ruang tamu.

“Saya tiada di rumah kerana menguruskan jenazah abang ipar yang meninggal dunia di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ).

“Saya mendapat tahu kejadian itu selepas isteri (Nurul Huda Abdullah, 40) menghubungi saya,” katanya.

Kejadian itu mengakibatkan bahagian dapur rosak teruk selain kerosakan ruang tamu dan beberapa bilik tidur.

Berikutsb kejadian itu juga, Maulud sekeluarga diberikan tempat perlindungan sementara oleh syarikat terbabit di sebuah hotel di bandar ini.

Difahamkan, kejadian berlaku kerana besi dipasang tidak seimbang dan gagal menampung papan iklan menyebabkan patah di bahagian tengah lalu tumbang.

LEAVE A REPLY