gempa-achehPanglima Tentera Wilayah Acheh sebentar tadi mengesahkan 54 maut dalam kejadian gempa bumi kuat 6.5 magnitud di wilayah itu, awal pagi tadi.

Mej Jeneral Tatang Sulaiman berkata, 52 yang terbunuh adalah di Daerah Pidie Jaya iaitu tempat paling hampir dengan pusat gegaran manakala dua lagi di daerah berjiran, Bireuen.

Sementara itu, Ketua Pusat Data dan Informasi Badan Penanggulangan (Pengurusan) Bencana Aceh Heni Via memberitahu, angka korban masih bertambah, lapor portal berita Kanal Aceh.

Heni berkata, pasukan SAR yang bergabung tenaga bersama orang awam terus menjalankan usaha mencari dan menyelamat mangsa gempa.

“Pasukan SAR masih fokus melakukan pencarian. Sampai sekarang, terdapat puluhan rumah kedai yang musnah, maka angka korban dijangka bertambah,” terang Heni.

LEAVE A REPLY