Seorang pemandu kereta yang tidak berpuas hati kerana beg sandangnya dicuri, bertindak mengejar dan melanggar motosikal suspek.

Menurut Sin Chew Daily, suspek itu kemudiannya maut digilis kereta mangsa yang hilang kawalan dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi tadi di Jalan Penang, Georgetown.

Difahamkan, ketika kejadian, pemandu kereta dalam perjalanan dari rumahnya di Lebuh Chulia ke rumah teman wanitanya, selepas pulang dari tempat kerja.

Bagaimanapun, suspek membuka pintu kereta mangsa ketika ia berhenti di Lebuh Leith sebelum melarikan beg sandang mangsa.

Mangsa mengejar suspek tetapi keretanya hilang kawalan dan menggilis suspek.

LEAVE A REPLY