Dua lelaki maut manakala empat yang lain cedera parah selepas dua kenderaan bertembung di Jalan Bukit Putus Seremban-Kuala Pilah, hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Senawang, Zainurin Shariff berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira pukul 8.10 pagi dan tiba di tempat kejadian 15 minit kemudian.

“Sebaik sampai di lokasi kemalangan, mangsa kemalangan sudah dikeluarkan orang awam.

“Didapati pemandu dan penumpang Perodua Kelisa maut di tempat kejadian manakala pemandu serta penumpang Perodua Myvi iaitu seorang lelaki dan tiga wanita cedera parah,” katanya.

Zainurin berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila Perodua Myvi yang datang dari arah Kuala Pilah dan Perodua Kelisa dari arah Seremban bertembung di lokasi.

LEAVE A REPLY