Datuk Hans Isaac bakal menamatkan zaman bujangnya dengan bekas ratu cantik hujung Julai depan.

Setahun menyulam cinta, Hans, 46, yang juga pelakon dan penerbit memilih Ratu Cantik Pelancongan Antarabangsa 2011, Aileen Gabriella Robinson, 28, sebagai suri hati.

Pelakon filem Buli itu bertunang bulan lalu di Singapura dan akan melangsungkan perkahwinan pada 29 Julai ini.

“Saya agak gementar untuk umumkan mengenai kisah hidup saya ini. Tapi hari ini saya nak maklumkan akan berkahwin dengan Gabriella,” katanya seperti dilapor mStar Online.

“Kami mula menjalinkan hubungan dengan serius sejak setahun yang lalu.”

Pengarah komedi muzikal Lawak Ke Der itu sebelum ini dikatakan pernah dikaitkan dengan beberapa selebriti tempatan iaitu Neelofa, Elaine Daily dan Erra Fazira.

Gambar Aileen Gabriella Robinson, Bakal Isteri Hans Isaac

LEAVE A REPLY