Seramai 25 terbunuh dalam kemalangan ngeri selepas sebuah van dan pikap yang sarat dengan penumpang bertembung sebelum meletup dan terbakar di timur Thailand, hari ini.

Menurut jurucakap polis, Wiroj Jamjamras, kejadian di wilayah Chonburi, tengah hari, hari ini, itu berlaku apabila pemandu van berkenaan hilang kawalan sebelum terbabas lalu bertembung dengan pikap di lebuh raya di daerah Ba Bung.

Wiroj berkata, pertembungan itu menyebabkan kedua-dua kenderaan terbakar.

“Seramai 25 mangsa, termasuk dua kanak-kanak maut dalam kemalangan itu dengan ramai mati terbakar selepas tersepit dalam kenderaan,” katanya.

Menurutnya, ketika kejadian, van membawa 15 penumpang manakala pikap membawa 12 penumpang.

LEAVE A REPLY