Jasin – Seorang penunggang motosikal maut dengan kepalanya terputus dalam kemalangan dengan sebuah lori membawa kelapa sawit di Jalan Rim-Chabau, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 pagi itu, mangsa, Hairul Jefry Zulkhifle, 29, yang terperosok di bawah lori berkenaan, maut di tempat kejadian.

Motosikal Yamaha Lagenda yang ditunggang mangsa dari Jalan Chabau ke Jalan Rim dipercayai melanggar bahagian tengah lori yang sedang keluar dari sebuah ladang sawit, sebelum diseret sejauh kira-kira 12 meter.

Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Sakri Yusoff , ketika ditemui berkata kepala mangsa terputus dan badannya diseret lebih 10 meter.

“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Jasin untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1)(A) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

LEAVE A REPLY