kedai-dobi-terbakar-8Sebuah kedai dobi meletup mengakibatkan kerugian RM200,000, dipercayai akibat masalah paip gas di kawasan mesin pengering.

Pelanggan yang ada di premis berkenaan di Kampung Alor Lintang, Besut bertempiaran menyelamatkan diri, lapor portal Sinar Harian.

Pemilik premis berkenaan mengakui terdapat kerja-kerja melibatkan saluran paip gas dilakukan sehari sebelum kejadian itu, kira-kira jam 10.30 pagi semalam.

“Punca sebenarnya saya serahkan kepada pihak bomba untuk menyiasat namun diakui kebakaran bermula di kawasan mesin pengering malah sehari sebelum kebakaran ada kerja paip gas di bahagian tersebut,” kata Shariduddin Mohamad.

 

kedai-dobi-terbakar-4

Beliau menafikan dakwaan kebakaran berpunca daripada mesin pengering yang terlalu panas kerana beroperasi tanpa henti sepanjang musim hujan di pantai timur.

Sementara itu, pihak bomba yang mengesahkan kebakaran berkenaan memberitahu kebakaran terbabit hanya melibatkan satu unit premis dibangunan empat pintu.

Punca kebakaran masih disiasat oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Besut, kata ketua balai Mohd Zailani Abdullah.

LEAVE A REPLY