TAIPING – Sepuluh remaja dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan merogol seorang remaja perempuan berusia 13 tahun, bulan lalu.

Bagaimanapun, tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada kesemua tertuduh yang berusian antara 15 hingga 17 tahun selepas pertuduhan terhadap dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Mohd. Hairol Jemain dalam prosiding yang diadakan secara tertutup.

Pegawai Pendakwa, Inspektor Siti Nor Rasyidah M. Nadzri ketika ditemui pemberita berkata, seorang tertuduh didakwa atas tiga pertuduhan manakala dua tertuduh didakwa dengan dua pertuduhan dan tujuh lagi berdepan satu pertuduhan.

Mengikut pertuduhan, kesemua remaja tersebut didakwa merogol seorang remaja perempuan berusia 13 tahun di sebuah rumah kosong dan beberapa lokasi lain kira-kira pukul 9.30 pahi hingga 3.30 petang, pada 18 hingga 25 September lalu di sekitar Kamunting dekat sini.

Pertuduhan terhadap mereka dikemukan pendakwa mengikut Seksyen 376(2)(d) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun jika sabit kesalahan.

Majistret Mohd. Hairol membenarkan ikat jamin masing-masing sebanyak RM3,500 untuk tujuh tertuduh yang berdepan dengan satu pertuduhan, RM4,000 kepada dua remaja yang menghadapi dua pertuduhan dan RM6,000 untuk seorang tertuduh didakwa atas tiga pertuduhan. -UTUSAN ONLINE

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.